Salam Aidilfitri everyone! Well, technically it's not yet the first of Syawal but since it's the last day of Ramadhan already I suppose no one would complain kan? Tomorrow is the day when victory against lust will be celebrated, forgiveness will be asked for and pockets will be getting heavier (well, for one part of the family anyway :P) Kids will run around collecting 'cukai' and houses will be clean like never before. So, its the final few hours of Ramadhan and I'm now sitting comfortably in front of my laptop. Then, I suddenly had this idea to fulfil a friend's request as part of a deal (you know who you are :P). Oh well, here goes nothing...
"Kita kat sini semua datang dari tempat lain-lain, so aku nak korang semua cakap baku. Aku taknak dengar korang cakap pelet Kelate ke, Utagha ke...paham?!"
"Paham..."
Sesi di atas telah berlaku pada suatu ketika dulu tatkala aku baru masuk Form 1. Masa tu, aku memang budak yang skema (ya,aku mengaku). Manakan tidak, pertama kali terpisah dari mak dan abah...basuh baju sendiri pun terkial-kial, inikan lagi nak bezakan mana yang betul2 kena ikut and yang mana tak. Prefects di MC ni pun satu, mentanglah kami Form 1 tak tahu apa2...suka hati jer buat rules sendiri,hehe. Maka, nak disambung cerita...Form 1 pun semua ikutlah, tak ikut nanti kena confinement terus tak dapat nak keluar town, sengsara lagi. Jam berganti jam, hari demi hari semakin ramai yang tak ikut dan mula bertutur kembali dalam bahasa tempat masing masing. Orang Kelate dengan peletnya dan orang Kedah dengan 'cek-hang'nya. Dalam masa 3 hari terus dah balik macam biasa. Namun...
Kebanyakan orang mudah untuk kembali ke keadaan asal. Namun bukan semua bulunya sama, bukan semua lunak suaranya. Apakan daya, aku bukan yang tergolong seperti di atas. Akibatnya, bukan setakat seminggu lebih aku bertutur baku, malah hampir-hampir sebulan! Haa, masa tu prefects pun macam dah tak kisah (makes you wonder why they did it in the first place :S). Satu hari tu, aku dipanggil ke depan sebab kononnya prefect nak jumpa (Zarep namanya). Sebabnya tak dapat ku ingat, nak kata jambu ramai yang lagi comel,haha :P. Nak dijadikan cerita, borak-borak dengan prefect, tiba-tiba dia kata...
"Kau ni memang cakap macam ni ek? Panggil kau BAKU ah!"
"err...." (-_-")...
Mula-mulanya, dia seorang jer yang try nak impose nama tu. Tapi, masa berlalu, dengan pengaruh yang dia ada, nama tu cepat tersebar. Secara jujurnya, aku berbohong andai aku katakan yang aku suka akan nama tu. Sesiapa yang ku dapati sebut nama tu padaku, ku tunjukkan riak muka bengang (like that's gonna change much kan?haha :P) . Namun, lama-kelamaan aku mula senang dengan nama tersebut. Aku mula melihatnya dari arah positif, ia menjadikanku...unik. Lagipun, aku lebih rela namaku Baku dari nama Farhan ditukar menjadi Cipan, nama seorang teman se-batchku,hehe. For the record, sebenarnya aku nak namaku menjadi A'an, nama panggilan manja yang arwah atukku selalu gunakan terhadapku tapi yang ini pun bolehlah.
Masuk alam kolej, aku ada membuat cubaan kedua untuk mengubah namaku menjadi A'an. Malah, nama tu turut ku gunakan dalam majlis suai kenal dalam Diamond House. Apakan daya, aku merancang, lain yang jadi. Memandangkan Azu, Haqqa dan Meri (teman-teman seperjuanganku di MC dulu) pun ada sekali dan dengan personaliti bersosial mereka yang sungguh mantap, lama-kelamaan nama Baku itu lebih cepat tersebar dari nama yang cubaku perkenalkan. Haha, redha jerlah...
So, itulah kisah di sebalik namaku yang unik ini. Sekarang ni, kalau diperkenalkan kepada orang baru, ramai jugak yang responsnya, "laa, kau ke Baku? haha :D" Maka, lekatlah nama ini agaknya sampailah diriku tua nanti. Kata orang, nama ini doa kita kepada seseorang. Andai nama Farhan maksudnya kegembiraan...nama Baku mendoakan apa ek? hehe :)
Oh ya, memandangkan esok hari raya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, halalkan makan dan minum dan kalau senang singgahlah rumah ya. Cheers! :D