15 August 2010

The Trip Down To The South

gambar keluarga lengkap yang pertama dalam masa hampir 2 tahun :)

"Along, Abah ajak pegi Johor tgk Yong. Along nak ikut?"

"Along ok jer Mak,hehe..."

Maka, pada pagi Jumaat yang lepas kami sekeluarga (termasuk Uncle John yang hendak ke assembly di JB) telah pergi untuk melawat adikku tatkala dia sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPMnya. Dengan situasi berhimpit bagaikan sardin dalam kereta Citra Abah, kami telah bertolak pada pukul 3:15 pagi dengan harapan untuk bersahur dalam kereta. Setibanya di Hentian Bukit Gantang, barulah ku sedari betapa mengekspoitasi keadaan betul peniaga kat sini. Sepinggan nasi + 1 sosej + 1 telur goreng = RM 5.50?! Nasib baik ini bulan puasa dan aku tak sahur lagi, otherwise aku terus letak balik makanan tu semua,haha :P Oh ya, for the first time jugak Abah let me drive his Citra dari lepas tol Jelapang ke Hentian Sungai Buloh, farthest distance driven so far really.

kediaman adikku, Yoyong di SAMURA

So anyway, by pukul 12 Alhamdulillah kami selamat sampai di Muar. And yes, memang ada kubur di tengah-tengah SAMURA ni,hehe just like my brother told me. To be frank, Yoyong memang terkejut nampak kami sampai lagi awal dari yg dia ingatkan (pukul 3) so while barely packing anything, dia ikut kami ke JB utk jumpa my grandmother from Sabah yg datang ke Semenanjung also for the assembly. However, sebelum bertolak, Abah terperasan yang something is wrong with the car and as it so turns out, tayar belakang sebelah kiri of the Citra dah haus to the point of potentially blowing up at any point. So, lepas a quick service di kedai tayar, we were off to JB, this time with my uncle taking the wheel.

view dari bilik 2419, Hotel Selesa. Singapura nun jauh di sana

Kami tiba di JB pada kira-kira pukul 3 petang dan bersetuju utk menginap di Hotel Selesa (atau kalau ikut the signs, Hotel Sel...hehe) Sementara Uncle keluar untuk memotong rambutnya, kami yang selebihnya berehat di hotel buat seketika sambil menunggu hampir waktu berbuka. Tatkala matahari hampir terbenam, aku dan adik-adikku keluar utk membeli juadah berbuka di bazaar Ramadhan yang sangatlah sukar rupanya utk dijumpai. Setelah sekian lama, akhirnya terjumpa juga satu pasar tersebut yang terletak berhampiran dengan sebuah masjid utk Taman Sri Tebrau. Optionnya tidaklah banyak namun kerana kelaparan, kami langsung tak merungut (tak larat pun nak merungut,hehe) Tepat pukul 7:19, kami berbuka di dalam bilik 2419 sambil melihat view Singapore yg sungguh indah sekali di waktu malam.

aku dan Lolaqku, Emerenciana Dalmacio

Selepas menjamakkan Maghrib dan Isyak, kami bergegas ke hotel bersebelahan iaitu Hotel Paragon utk bertemu dengan makcikku dari Singapore yang bersama-sama nenekku. Setelah hampir 2 tahun tidak bertemu, nenekku memang sungguh gembira sekali utk menjumpai cucunya. Lolaq (grandmother dalam bahasa Visaya) sudah makin berumur namun dirinya masih lagi sihat. Untuk sesiapa yang musykil, assembly yang mereka hadiri ini adalah seperti sesi forum agama utk para penganut Protestant Christianity cabang Jehovah's Witness. Rupa-rupanya, satu hotel tersebut telah ditempah untuk para hadirin yang menyertai assembly tersebut. Atas sebab itu, bilik-bilik biasa yang ditempah telah di-upgradekan menjadi bilik eksekutif atas ihsan pihak hotel, dan memang bilik yang didiami oleh nenekku layak digelar bilik eksekutif. Sampai dapur sendiri pun ada disediakan! Selepas sekian lama berborak dan mengambil gambar, kami kemudian berangkat pulang ke hotel kami. Penat memanglah penat tetapi gembira utk berjumpa mereka setelah sekian lama :)

Bilik eksekutif yang dikatakan. Rotating TV pun ada! :)

Awal pagi, aku dan adik-adikku turun untuk bersahur sementara abah dan mak di atas masih nyenyak tidur. Buffet yang disediakan tiadalah mewah sangat namun cukup untuk mengenyangkan perut kami,hehe. Kami kemudian berkemas utk check out dari hotel tersebut sebelum pukul 12 tgh hari dan selepas itu menuju kembali ke Muar dengan Uncleku ditinggalkan di JB. Tatkala tiba di Muar, tempat pertama yang dituju ialah shopping market yang berdekatan utk adikku membeli barang-barang keperluannya untuk beberapa minggu terakhir di SAMURA. Rasa-rasanya, kira-kira 140 ringgit juga adikku gunakan utk membeli barangan tersebut. Katanya, abah jarang datang so nak jugak belanja lebih sikit. Alasan...:P Tidak lama selepas itu, kami pergi pula ke bazaar ramadhan yang terletak betul-betul di hadapan sekolahnya. Hanya ayam seketul dan murtabak yang diambil adikku sementara kami membeli nasi yang hendak dijadikan makanan semasa berbuka puasa dalam kereta nanti.

abang-abang yang prihatin atas kebajikan adik,hehe :P

Sekembalinya ke sekolah, bilik Yoyong digeledah oleh Mak. Hehe, mak kata sarang tikus lagi bersih :P Nak tak nak, mak pun mula mengemas bilik gerakan pengawas yang didiami adikku sambil diperhatikan oleh kawan-kawannya. Malu rasanya Tuhan sahaja yang tahu. Niat Mak baik tapi rasanya tak perlulah sampai dimalukan depan kawan-kawan Yoyong. Oh, aku sendiri pernah merasakan the indignity...lagi-lagi depan para juniors Form 3 ku. Tidak lama kemudian, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada adikku dan mendoakan agar dia mendapat keputusan yang terbaik utk percubaan dan SPM nanti. Godspeed brother! Kami kemudian mula beredar untuk kembali ke Kedah dengan perjalanan dari Muar bermula pukul 6:45 petang. Sepanjang perjalanan, kami sempat juga singgah Hentian Dengkil dari Selatan dan merasakan sate Kajang buat pertama kalinya. Alhamdullilah, kami selamat tiba di rumah pukul 3 pagi namun sesuatu yang tidak diingini telah berlaku...

pagar dawai dihadapan rumah yang dipotong

"Motor merah mana?!" rupa-rupanya, motor kesayangan abahku telah menjadi mangsa rompakan yang semakin menjadi-jadi di Pokok Sena. Kecewa di hatinya hanya Allah yang tahu tatkala Abahku melihat lubang yang dipotong oleh para perompak untuk menarik keluar motor tersebut. Sudahlah penat memandu, ini pula yang jadi. Keesokan harinya, abah pergi ke Alor Setar untuk membuat laporan polis namun dia hanya dikecewakan oleh jawapan polis yang langsung tidak memuaskan. Abah pun dah senaraikan nama suspek yang dicurigai kerana berdasarkan kesan yang ada, perompak seperti sudah begitu arif dengan selok belok rumah ini. Namun begitu, polis enggan utk walaupun sekurang-kurangnya menyoal suspek. Sepanjang hari abah sugul, sepanjang hari juga senyap rumahtangga. Time berbuka pun sama...hmm, mungkin bukan rezeki kami utk simpan motor tu lama-lama. Rest in Peace, oh si motor merah...















same individuals after more than a decade on. Yeah, we know we're not that cute anymore,haha :P

PS: post ini ditulis dalam BM utk mencuba kembali kebolehanku utk mengarang sesuatu dalam bahasa ibunda. truth be told, I'm getting worse really... :(

5 comments:

Nabila Azureen Azis said...
This comment has been removed by the author.
Nabila Azureen Azis said...

removed my recent comment, it seems abusive. kidding, some mistakes in thre. yeah, dont screw bahasa melayu. at least, you invented a new peribhs 'berhimpit bagaikan sardin dalam kereta Citra Abah'. haha, funny. nywy, cant wait for your next post, 'a trip to the east' mybe? ;p

visit my blog.

Mutiara Bernilai said...

salam
entah macam mana boleh masuk dan baca blog ni

nway, nice blog!

tak mengapa, teruskan berbahasa ibunda :)

Farhan Baku said...

Yin: hmm,I wonder what vile and possibly vociferous words did you put in your previous comment anyway to the point of deleting it. I guess I'll never know for sure but I suppose that's for the best.no worries...:) a trip to the east? now there's a thought. lets see..so would it be about Borneo or the Peninsular East Coast? hmm....

Mutiara Bernilai: thanks for your support ya. though I may never know you, its nice to get neutral compliments every now and again :)

Nabila Azureen Azis said...

it's east malaysia-Borneo! :D
well, its really fun to know a lot of things, especially about your own ancients and culture. try to check on my post '11.04.2010' in june 2010. you'll get to know something about sabah :)

looking forward for your upcoming post on sabah's culture. google or just ask your mom :)